Followers

Thursday 15 October 2015

Salam Hijrah 1437

Salam..

Salam Tahun Baru, Salam Maal Hijrah 1437...

Sebagai Muslim... inilah tahun kita.. inilah tahun baru yang kita lebih2 kena meraikan... Alhamdulillah... indah tenang sebagai muslim...

Hijrah itu pengorbanan, perubahan, persaudaraan... bermuhasabahlah diri, mencari kekurangan, memperbaiki dan mengatasi dengan segala kebaikan yang ada di dunia, untuk bekalan di akhirat...

moga kita akan terus mendapat keredhaan Allah dalam setiap perubahan baik yang kita lakukan...

dalam hidup, pasti ada bermacam dugaan cabaran, yakinlah hidup ini payah di dunia kerana kita dijanjikan bahagia di akhirat andai kita bersabar, dan berpegang pada tali Allah... Subhanallah, Maha Suci Allah, yang terbaik menjadikan sesuatu itu berhikmah...

bertabahlah, bersabarlah... tempuhi setiap ujian...

moga aku mampu berhijrah menjadi lebih baik dari tahun lalu, ampunkan dosa2ku yang lalu Ya Allah, dan jadikan lah aku seorang yang beriman dan beramal soleh... Aaminnn




~~ wish u were here ~~

Tuesday 13 October 2015

Pentaksiran Tingkatan 3

Salam...

semalam tak sempat nak citer.. hari ni baru sempat.. tu pun sebenarnya tengah tunggu auditor datang... nak wat rileks punya pasal, kita update blog ye...

maka bermulalah peperikasaan PT 3 atau lebih masyhur dengan nama Pentaksiran Tingkatan 3.. buat anak2 yang berada di tingkatan 3...

dulu memula, nama dia LCE, pastu tukar ke SRP, aku adalah generasi terakhir yang ambik SRP, pastu PMR... dan sampai turn anak aku.. PT3....

moga2 kak Ira dapat menjawab dengan tenang.. of kos lah mak dia berdebar.. gila ko tak debar, anak nak peksa tu... heheheh

insya Allah, apa jua yang kak Ira dapat, kak Ira dah cuba sebaik mungkin... mama yakin dengan rezeki dari Allah, mutlak milik Allah utk memberi yang mana Dia akan berikan, Allah maha Tahu, Maha Adil Maha ESA.. yakinlah...

doa tetap tak putus buat kak Ira, dan buat semua anak2 mama....


All the best!! buat kak Ira, dan semua calon PT3 dan buat aku yang tengah tunggu Auditor... hehehe...

daaa.....


~~ wish u were here ~~

Tuesday 6 October 2015

kena start

Salam...

Selamat Pagi... Sobahul Khair... Pagi yang indah, hari yang indah(walupun berjerebu)...

fikir yang baik2, akan datang yang baik2... insya Allah...

lama sungguh aku tak cerita apa2... tapi, aku bersyukur, dengan setiap apa yang terjadi di keliling ku.. aku bahagia..

aku sibuk, sibuk mengejar dunia, heheh, kerja la tu maknanya... tidaklah mengejar, cuma, aku harus selesaikan kerja2 hakiki sebagai seorang kerani, sebagai manusia yang ada keperluan, yang mencari kehidupan demi kelangsungan hidup..

tak lupa, akhirat tetap harus jadi keutamaan, aku tidaklah sebaik manusia yang penuh iman di dada.. aku manusia biasa, yang tidak lari dari melakukan kesilapan, namun, aku sentiasa mengharap dan berdoa Allah beri hidayah dan kekuatan iman di dalam hati ini...

eh! nak cerita pasal apa ni..

saja je intro sebelum kembali aktif menulis... mudah2an lepas ni , aku dapat share sesuatu yang baik2 sahaja di sini....



~~ wish u were here ~~

Total Pageviews