Followers

Thursday, 31 March 2016

hidup perlu diteruskan...

Salam

sepi.. sunyi... senyap.. sedih.. pilu.. terhiris..

segala perasaan tu adalah perasaan manusia biasa.. kekadang perasaan tu perlu. kekadang ianya menyusahkan hati dan fikiran...

kehidupan manusia.. tak lepas lari dari segala macam rasa...

sahabat kecil aku, baru kehilangan ayahanda tercinta, selepas lebih kurang 5 atau 6 bulan kehilangan bayi yang baru di lahirkan... Allahuakbar!! besar sungguh ujian yang Allah beri pada dia.. sungguh.. Allah pedulikan dia.. Allah sayangkan dia...

sedihnya aku dapat rasai, jauh sudut hati aku... ntah macam mana kalau aku yg melaui detik itu, dalam ruang masa tak sampai setahun...

18 tahun lepas, saat aku kehilangan ayahanda tercinta, memang rasa segala kehidupan bahagia bagai di rentap masa.... Ya Allah, rindunya pada bapak saat itu, macam nak mencabut nyawa sendiri..

namun hidup perlu diteruskan.. Allahu!! aku mohon dengan Allah, kekuatan diri, demi ibu yang lebih penting di beri perhatian saat itu, kerana separuh kehidupannya telah di ambil Allah..

buat sahabat kecilku... aku sentiasa ada buatmu... aku akan pastikan aku tidak leka memberi kekuatan buatmu.. meminjamkan kekuatan yang selama ini aku tanam dalam diri ini...



~~ wish u were here ~~

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews